Custom Glitter Text

My Stick Family from WiddlyTinks.com

Thursday 10 May 2012


SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG D LOVER CUP CAKES....

mari singgah sebentar ke blog saya...
kita tengok cup cakes yang comel-comel ini ye...
kalau dah tengok gambar-gambar cup cakes ini mesti rasa macam nak makan je kan..haaaa ape lagi kalau dah ade rasa macam tu mesti ade rasa nak beli pula kan...
emmmm yummyyyyyy..




d lover cup cakes telah di tubuhkan pada September  2011. Perniagaan ini bermula apabila saya mengambil tempahan secara kecil-kecilan di kalangan rakan-rakan dan sanak saudara terdekat saya. Berikutan daripada itu, mereka memberi cadangan kepada saya untuk memperkembangkan lagi perniagaan saya. saya menerima cadangan mereka dengan hati terbuka disebabkan saya memang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. selain daripada itu juga, rakan -rakan saya mengesyorkan kepada saya untuk menubuhkan blog bagi mempromosikan lagi perniagaan cup cakes ini.


Monday 7 May 2012

tengok je gambar-gambar cup cakes ni...terus je perut jadi lapar kan..???
haaa ape lagi kalau dah tengok tu cepat-cepat order...

pelbagai jenis dan bentuk cup cake ada dijual di sini..










Wednesday 2 May 2012


cara mudah untuk membuat cup cakes



Cup cake (12 biji)
115g butter
115g gula kaster
115 tepung naik sendiri
2 biji telor
Untuk topping
50g butter
115g gula icing
pewarna makanan (apa saja warna anda gemari )
chocolate rice


Cara2  nya


1. Panas kan oven 180′C. Letakkan 12 cup dalam muffin pan. Masukkan kesemua bahan-bahan cup cake ke dalam mangkuk  dan pukul sehingga sebati.


2. Masukkan bancuhan ke dalam paper cup untuk 12 biji dan bakar selama 12-15 minit.  Sejukkan setelah masak.


3. Sementara menunggu cup cake sejuk, boleh lah kita buat topping nya pula.  Pukul butter dalam mangkuk sehingga kembang, ayak kan gula icing dan pukul lagi sehingga rata.  Titik kan sedikit pewarna dan kacau rata.


4. Sesudah itu, boleh lah spread/sapu kan icing yang dah siap atas cup cake tadi.  Taburkan chocolate rice atas cup cake, atau apa saja hiasan yg boleh menarik perhatian anda spt coklat atau pun biskut mini…





yang ini pula cara-cara untuk membuat oren cup cakes



BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan


BAHAN BUTTERCREAM :-)
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis


CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...

rasanya cukup dahulu resipi yang mudah ini...diharap sesiapa yang ingin belajar membuat cup cakes ini silalah ikut resipi di atas...

bagi sesiapa yang ingin membeli cup cakes ini bolehlah memilih mana-mana cup cakes yang anda ingini...=)